Hiburan
Selepas Berhenti Menyanyi Mizz Nina Selesa Dikenali Sebagai Penyajak Rap
Bekas penyanyi, Mizz Nina akui gembira dan selesa digelar penyajak selepas mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi.
“Alhamdulillah, saya kini lebih selesa bekerja dibelakang tabir, menjadi seorang pengacara dan bersajak.
“Baru-baru ini saya juga ada cuba menulis sajak dan mempersembahkan sajak itu dalam bentuk ‘rap’ untuk memberikan sedikit kelainan.
“Sebenarnya saya dah mula melakukan puisi ‘rap’ itu melalui program 25 Rasul di Astro Oasis dan secara jujurnya saya berasa sangat terharu apabila mendapat maklum balas positif.
“Saya pun tak sangka ramai yang menyukainya sehingga saya dijemput untuk menyampaikan sajak di sebuah universiti,”
“Di sana, mereka memperkenalkan saya sebagai seorang penyajak dan bukannya seorang selebriti. Waktu itu saya rasa sangat berbesar hati dan gembira.
“Selama ini saya digelar sebagai seorang artis dan apabila diperkenalkan sebagai seorang penyajak perasaannya rasa lain dan hati saya tersenentuh,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 36, memberitahu bukan mudah untuk menghasilkan sajak memandangkan dia masih baru dalam bidang tersebut.
“Untuk mencipta sesuatu karya itu bukanlah sesuatu yang mudah dan saya respek dengan mereka-mereka yang boleh menyampaikan mesej dengan baik melalui penulisan seperti Fyn Jamal dan Jamal Raslan.
“Nak dapat inspirasi itu kadang-kadang susah, lebih-lebih lagi saya masih baru dalam bidang ini jadi apa yang boleh saya lakukan ialah meluahkan emosi dan perasaan saya melalui penulisan tersebut.
“Sepanjang menulis, rasa seperti seorang bayi yang baru lahir. Masih banyak lagi yang saya perlu belajar tentang ‘stail’ penulisan sajak untuk jadikannya lebih baik,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Mizz Nina telah dilantik sebagai duta produk kecantikan Adania selain akan muncul dengan tiga program kerohanian terbitan syarikatnya DopsTV iaitu ‘Walk His Way’, Queen of The Deen’, dan ‘Finding Him’ yang bakal bersiaran di TV Al-Hijrah