Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Selepas Cristiano Ronaldo, Giliran Paul Pogba 'Tolak' Minuman Penaja Di Sidang Media

Maliah Surip 17/06/2021 | 14:45 MYT
Apalah nasib malang yang sedang menimpa penaja Euro 2020.
Selepas Cristiano Ronaldo menolak dua botol Coca Cola dan hanya menyarankan meminum air mineral sewaktu sidang media mengenai sukan tersebut akan berlangsung, kini giliran seorang lagi pemain bola berpengaruh melakukan hal serupa.
Kali ini Paul Pogba dilihat telah mengetepikan botol minuman Heineken.
Menurut laporan CNN, setelah Perancis menang ke atas Jerman dengan 1-0 pada Selasa, Pogba yang juga menerima gelaran man of the match telah mengalihkan botol Heineken yang diletakkan di atas meja di depannya. Di atas meja sama, diletakkan dua botol Coca Cola dan air mineral.
Terdahulu, pemain bola berusia 28 tahun itu pernah membuat kenyataan dirinya tidak mengambil minuman beralkohol. Perkara itu diumumkannya melalui platform Twitter pada tahun 2017.
Untuk informasi, Heineken dan Coca-Cola merupakan penaja rasmi Euro 2020.
Semalam, akhbar tempatan melaporkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion) selepas tindakan Ronaldo mengalihkan dua botol Coca Cola tular di seluruh dunia.
Harga saham Coca-Cola juga jatuh merundum daripada AS$56.10 (RM231) kepada AS$55.22 (RM227.39 sen) kerana terkesan dengan tindakan spontan legenda Portugal tersebut.
Kredit Foto: Getty Images & CNN
#Cristiano Ronaldo #Bola Sepak #Paul Pogba #Alkohol #Euro 2020 #Coca Cola
;