Berita
Selepas Ditahan, Najib Sampaikan Isi Hati Buat Rakyat Malaysia
Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memuat naik satu video terbaru di media sosial yang ditujukan kepada rakyat negara ini untuk meluahkan perasaannya berhubung tindakan undang-undang yang dikenakan ke atasnya.
Dalam rakaman video berdurasi 2 minit 20 saat itu yang dimuat naik menerusi Twitter malam tadi menyatakan video tersebut dipertontonkan selepas beliau diambil tindakan.
"Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berhak mendapat pimpinan yang terbaik," katanya.
Najib yang turut menggunakan beberapa visual lama dirinya sebelum ini menyatakan beliau sudah melakukan sedaya upaya tetapi sedar ia tidak mencukupi kerana mengakui ada banyak kelemahan.
"Namun demikian, saya juga ingin menyuarakan isi hati saya kepada rakyat Malaysia yang sangat saya kasihi.
"Ya, memang saya tidak sempurna seperti manusia biasa. Namun percayalah, apa yang dituduh ke atas saya dan keluarga tidak semuanya benar," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam satu kenyataan media pasukan tersebut, tangkapan itu dibuat di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur dan akan dituduh pada 4 Julai 2018 jam 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.
Pasukan Petugas Khas 1MDB itu disertai Tan Sri Abdul Gani Patail, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Datuk Abdul Hamid Bador.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Twitter @501Awani