Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Selepas Iman Troye Mohon Maaf, Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad – “Jangan Buat Lagi Sudahlah, Nak Duet Roger…”

Fiza Kamarudin 26/05/2021 | 02:38 MYT

Permohonan maaf yang dibuat penyanyi Iman Troye semalam, telah mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad.

Hantaran yang dibuat Iman telah mendapat lebih 127 ribu tanda suka dengan 6,578 komen termasuk beberapa daripada golongan selebriti.
Namun yang paling menarik perhatian ialah teguran dan nasihat daripada Sharnaaz yang berpesan agar Iman tidak mengulangi perbuatannya.
“Orang Malaysia ni mudah, mintak maaf kemudian dimaafkan, mohon sedekahkan al- Fatihah buat yang telah gugur dalam Covid ni..
“Jangan buat lagi sudahlah…Muda lagi…Suara sedap. Teruskan nyanyi, nak duet roger, abang boleh rap tau, jangan gelak nanti abang marah!
“Tunjuk bakat kita, jangan tunjuk shempoi…ok selesai sekarang ni kita beralih semula kepada abang Din,” tulisnya.

Terdahulu Iman dikecam teruk kerana dianggap tidak sensitif apabila memuat naik ciapan sindiran mengenai angka kes positif yang semakin tinggi di Twitter miliknya, Ahad lalu.

Bagaimanapun Iman telah memohon maaf dan menyedari kesilapan tersebut dan mengakui dirinya tidak sensitif.
Menerusi permohonan maaf yang dimuat naik di Instagram (IG) semalam Iman turut memberitahu dia tiada niat untuk menyakiti hati mana-mana pihak.

"Saya ingin mohon maaf di atas kesilapan yang dilakukan. Saya mula sedar kesilapan ini selepas memuat naiknya. Ciapan itu sangat mengelirukan dan saya mengakui perkara itu.

"Apa yang saya lakukan tidak sensitif. Saya sepatutnya lebih peka berkaitan hal ini. Saya tiada niat untuk menyakiti hati mana-mana pihak," katanya.

Iman turut berterima kasih kepada semua pihak yang menegurnya dan akan belajar daripada kesilapan.

"Saya tidak terdetik untuk melukakan sesiapa terutama kepada petugas barisan hadapan dan individu yang terkesan kerana Covid-19.

"Saya ingin mohon maaf. Insya-Allah saya akan belajar daripada kesilapan ini. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku.

"Terima kasih kepada semua yang menegur. Saya akan cuba jadi lebih baik, Insha-Allah," katanya.

A post shared by ???? ?????? ????????? ? (@imantroye)

#Sharnaaz Ahmad #Minta Maaf #Iman Troye
;