• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
‘Influencer’ Tayang Jam Tangan Palsu, Izara Aishah ‘Geram’ - “Duk Jeling-Jeling Kat Orang…”
HIBURAN
BTS Umum Comeback Album Penuh, Konsert Jelajah Tahun Depan
BERITA
Astro AWANI Terima Pengiktirafan Sebagai Jenama Berita Malaysia Paling Dipercayai 2025
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Selepas Kecoh Pelakon Melayu Berlakon Drama Gay, Jakim Memutuskan Mahu Rujuk SKMM

Izwan Isa
Izwan Isa
07/12/2021
00:55 MYT
Sponsor Banner
Selepas Kecoh Pelakon Melayu Berlakon Drama Gay, Jakim Memutuskan Mahu Rujuk SKMM
Baru-baru ini, kecoh di laman sosial mengenai sebuah drama bertemakan gay yang menampilkan pelakon-pelakon Melayu tempatan.
Tidak hanya isu genre drama tersebut menjadi bualan hangat wargamaya, netizen juga terkejut kerana drama tersebut disiarkan menerusi sebuah aplikasi temu janji kaum sejenis.
Dalam masa sama, pelakon utama yang membintangi drama berjudul Stay Away From Me itu, Danish Iskandar juga mendakwa tidak tahu menahu tentang babak-babak kurang enak yang ditayangkan menerusi sedutan drama berkenaan.
“For those yang tak clear, dalam kontrak memang tiada langsung beritahu pasal cerita ini is about to promote apps gay and tiada pun scene scene yang macam tu.
“So yea, bila dah shoot tu, dorang baru letak and baru semalam release series tu and saya baru tahu benda ni promote app gay,” tulisnya menerusi laman Twitter.
Dalam pada itu, Danish berkata, ibu bapanya bakal mengambil tindakan undang-undang berkenaan dengan apa yang telah berlaku kepadanya.
“The production wasn’t clarified about gay app, they just have the storyline yang tiada langsung scene scene macam tu so they added certain scene that aren’t in the storyboard on the last minute, so yea it’s my fault cause teruskan jugak shooting tu, I won’t do it again, I’m mangsa keadaan.
“My parents proceed to take legal action memandangkan production tu sendiri tak nak bertanggungjawab. And I’m sorry for everything if there’s anything wrong, I will be careful and aware next time so yea just doakan yang baik-baik,” tulisnya.
Menerusi respons yang diberikan oleh netizen, ada yang beranggapan pihak produksi perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kerana Danish masih lagi di bawah umur.
Sementara itu, menerusi laporan media, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia untuk merujuk kes tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan siasatan dilakukan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, hal ini kerana ia bertentangan dengan norma dan budaya rakyat Malaysia.
"Ia norma rakyat Malaysia yang tidak beretika. Semua agama tidak boleh menerima konsep berkenaan dengan gay ini," katanya.
Tambah beliau, jika perkara itu berlaku di mana-mana negeri, jabatan agama ngeri berkenaan akan diminta memanggil pelakon terbabit untuk mendapatkan kepastian.
"Jakim hanya penyelaras saja, tidak ada bidang kuasa untuk menghukum kerana ia terletak kepada pihak berkuasa agama negeri," katanya.
Related Topics
#Drama
#Gay
#Danish Iskandar
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement