Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Selepas Keluar Kenyataan Nak Saman RM5 Juta, Diva AA Selesai Buat Laporan Polis Terhadap Selebriti Wanita

Asraf Aided 16/08/2021 | 04:40 MYT
Pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA membuat laporan polis tentang seorang selebriti wanita yang didakwa menulis kenyataan fitnah terhadapnya.
Menerusi entri di Instagram, Diva AA berkongsi foto laporan polis yang dipercayai ditaip olehnya sendiri.
Dalam laporan tersebut, kenyataan yang disifatakan Diva AA sebagai fitnah itu juga didakwa merosakkan reputasinya sebagai penggiat seni.
"Report polis done, kes fitnah & ugutan bunuh.
"Sekarang percayakan pihak polis," coret Diva AA ringkas di ruangan kapsyen.
Menerusi laporan Gempak 10 Ogos lalu, Diva AA bercadang untuk mengemukakan saman berjumlah RM5 juta kepada seorang selebriti wanita yang didakwa telah memfitnahnya.
Diva AA berkata, tindakan tersebut diambil kerana selebriti tersebut telah mengaitkan kemewahan dirinya dengan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Azmin Ali.
Terdahulu, kontroversi tercetus apabila Diva AA menegur cara berpakaian seorang selebriti wanita di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menerima suntikan vaksin.
Selebriti wanita itu kemudiannya bertindak membalas ciapan Diva AA di Instagram kerana terkejut dengan perkataan 'b*rit mak hang' yang ditulis pengacara sensasi berkenaan.
BACA: Diva AA Nak Saman Pelakon Wanita RM4 Juta ! - "Kerana Dia Fitnah Di IG Story Kononnya Saya Ditaja Azmin Ali..."
#saman #Azwan Ali #Selebriti #wanita #Laporan Polis #Azmin Ali #Diva AA
;