Hiburan
Selepas Kuarantin di Taiwan, Tzuyu TWICE Pulang Ke Korea
Anggota kumpulan K-Pop terkenal, TWICE Tzuyu telah kembali ke Korea selepas tamat menjalani tempoh kuarantin di Taiwan.
Berita itu disahkan oleh agensinya, JYP Entertainment dalam satu kenyataan kepada media semalam.
JYP memberi jaminan Tzuyu berada dalam keadaan baik dan akan meneruskan aktiviti seninya bersama TWICE.
“Tzuyu sangat sihat dan dia akan kembali meneruskan aktiviti seni bersama TWICE tidak lama lagi,” ujar agensi berkenaan.
Terdahulu, Tzuyu kembali ke Taiwan untuk meluangkan masa bersama keluarganya.
Bagaimanapun Tzuyu telah menjalani proses kuarantin selama 14 hari di kediamannya seperti saranan pihak kerajaan Taiwan.
Tzuyu dilaporkan tiba di Taiwan pada 3 Mac.
Tzuyu sebelum ini telah mendermakan sebanyak AS$42,000 (kira-kira RM180,000) bagi mengekang penularan COVID-19 di Korea Selatan.
Sumber: Allkpop