Laman Utama
Selepas Langgar SOP & Kena Kompaun, Neelofa Didakwa Rentas Negeri Lagi Pergi Kedai Karpet Pulak - "Nilai Tu Bawah Negeri Selangor Ke?"
Belum jumpa titik noktah! Nama pengacara dan usahawan Neelofa, 33, kekal panas di laman media sosial selepas sekali lagi dihimpit kontroversi.
Terbaru, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor didakwa telah merentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan pada Ahad.
Ketidakpuasan hati itu disuarakan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @paedrazip menerusi ciapan di akaun miliknya.
"Hai hajah Neelofa. Kat Nilai 3 ke tu cari karpet? Ish ish.. boleh eh rentas negeri? Kuat betul cable.
"Nilai 3 ya. Nilai tu bawah (under) Negeri Selangor ke? Tanya ja," tulisnya.
Di Instagram Stories, Neelofa bersama suaminya, Pencetus Ummah (PU) Harris Ismail berkunjung ke kedai pemborong karpet, Naeem Carpet.
Selain itu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot turut memuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan wajah pemilik kedai yang turun padang membantu mereka.
"Bos dia ni. Bos yang cukup baik. Datang dekat?" kata Neelofa.
"Naeem Carpet di Nilai 3, Johor dan di Jalan Setapak Brunei. Alhamdulillah," kata lelaki tersebut.
Bagaimanapun, hasil pemerhatian Gempak, video itu telah dipadam di akaun Neelofa.
Sebelum ini, Neelofa dan Haris masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar SOP dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membabitkan majlis pernikahan dan larangan rentas negeri.