Berita
Selepas Lebih 3 Dekad, Hans Isaac 'Lawat' Kedai Barber Zaman Sekolahnya! Nostalgia!
Kita semua pasti mempunyai nostalgia tersendiri yang masih diingati sehingga ke hari ini.
Paling sukar dilupakan semestinya segala kenangan ketika berada di zaman persekolahan.
Begitu juga dengan pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Hans Isaac yang berkongsi kisah mengenai sebuah kedai gunting rambut yang pernah menjadi pilihannya ketika zaman sekolah.
Menurut Hans, dia berkunjung semula ke kedai barber tersebut baru-baru ini untuk membawa anak saudaranya pula di tempat yang cukup meninggalkan memori indah buat dirinya.
Katanya, kedai gunting rambut itu tak jauh beza biarpun sudah lebih tiga dekad beroperasi sejak kali pertama dia ke situ.
"Begitu cepat masa berlalu. Kali pertama saya potong rambut di kedai gunting Ampang Jaya ini, saya masih budak sekolah lagi.
"Hari ini saya membawa anak buah saya, Marco, pula ke sini. Kedai ini tak banyak berubah tapi banyak menyimpan memori indah.
"Rasa macam baru semalam saya potong rambut buat pertama kali disini, hakikatnya dah 34 tahun," ceritanya menerusi satu posting di Instagram.
Menurut Hans lagi, suasana di sekitar Ampang itu juga membuatkan dirinya sentiasa terkenangkan ketika zaman remajanya.
"Kedai-kedai lama di kejiranan Ampang ini selalu membuatkan saya berasa seperti saya masih budak sekolah yang dahulu.
"Mereka melihat saya membesar menjadi diri saya hari ini dan saya amat berbesar hati dapat berkongsi pengalaman ini bersama Marco," ceritanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen juga cukup teruja apabila mengetahui kedai tersebut masih lagi beroperasi.
"Saya rasa semua budak Ampang pernah gunting rambut di sana.
"Barber Jalan 1!
"Kejap! Tempat ini masih beroperasi? OMG! Ayah saya selalu ke kedai gunting rambut itu sewaktu saya kecil," tulis sebahagian netizen.
Saksikan drama lakonan Hans Isaac di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!