Viral
Selepas Rumah Mewah, Bau Badan Ustaz Solmed Pula Jadi Bualan!
Sebelum ini, nama Ustaz Solmed menjadi bualan gara-gara memiliki rumah serba mewah. Namun, lain pula halnya baru-baru ini.
Nama Ustaz Solmed kembali viral gara-gara bau badannya yang dijadikan bahan usikan ketika menjadi juri di sebuah program Islamik di Indonesia.
Menerusi program tersebut, pengacaranya yang dikelanli sebagai Ramzi kelihatan mencetuskan jenaka dengan membandingkan aroma tubuh Ustaz Solmed dengan juri lainnya.
Menurut Ramzi, terdapat aroma balsam yang datang dari badan Ustaz Solmed. Dia juga membandingkannya dengan haruman yang mewangi dari tubuh juri lain iaitu Mamah Dedeh yang turut hadir di situ.
"Dari barisan pengulas, Mamah Dedeh paling tua, ya, wanginya. Ini bau balsem (minyak angin) di sini. Walaupun dia paling muda (antara pengulas lain)," katanya.
Jenaka Ramzi itu serta-merta membuatkan ramai yang ketawa termasuk Ustaz Solmed yang diusik itu.
Hal ini kerana, balsam lazimnya digunakan dalam kalangan warga emas untuk memanaskan badan dan melegakan sakit-sakit.
Sumber: Suara.com