Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Selepas Sambut Dengan Erra Fazira, Giliran Keluarga Nabila Pula Raikan Hari Lahir Engku Aleesya - "Mummy Mula Menyiapkan Sejak Semalam & Masak Hidangan Kegemaran"

Zulaikha Yusof 01/04/2021 | 09:50 MYT
Selepas menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-12 bersama ibunya, primadona Erra Fazira, giliran Engku Aleesya dengan keluarga tirinya pula iaitu Noor Nabila dan Jebat Jayden Ahmad.
BACA: Erra Fazira Sambut Hari Lahir Engku Aleesya Dalam Sebuah Majlis Ringkas - "Gugur Segala Kesakitan, Hadirmu Menyempurnakan Hidupku"
Menerusi Instagram (IG) Engku Emran, dia ada memuat naik foto bersama Aleesya dan Nabila ketika majlis sambutan yang diadakan di rumah, semalam.
Dalam kapsyen yang ditulis, Engku Emran terharu kerana seluruh ahli keluarga Nabila berganding tenaga untuk meraikan hari bahagia anak tunggalnya itu.
"Terima kasih banyak kepada semua yang mengatur ulang tahun untuk Aleesya malam ini. Terutama Mummy yang mula menyiapkannya sejak semalam dan memasak hidangan kegemaran Aleesya, Briyani Ikan yang mewah.
"Aunty Sara untuk kek angsa, deko dan hadiah yang indah, Aunty Nellisa, Aunty Athisha dan Aunty Ameera untuk hadiah dan banyak membantu Mummy.
"Dhadi terima kasih atas doa tulus yang awak baca dan hadiah yang indah," tulisnya.
Sementara itu, ibu kepada usahawan Neelofa iaitu Noor Kartini turut berkongsi rakaman video di Instagram Stories miliknya.
"Malam ini kita sambut hari lahir Aleesya. Sedapnya nampak kek. Ini kek kegemaran daddy Aleesya, ini Dhadi Aleesya dan ini mama suka cantiknya kek," katanya.
Engku Emran dan Nabila sah menjadi pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada 19 Mac lalu.
Terdahulu, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella namun berakhir dengan perceraian.
Menerusi perkahwinan dengan Erra, mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya, manakala perkahwinan dengan Laudya tidak dikurniakan anak.
Nabila pula pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad.
#Hari Lahir #Noor Nabila #Engku Emran #Engku Aleesya
;