Laman Utama
Selepas Seminggu Jatuh Motosikal, Dayah Zubit Selamat Bersalin Anak Sulung
Bekas pengasuh anak penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nurhidah Zubit atau lebih dikenali dengan Dayah telah selamat melahirkan anak sulungnya semalam.
Pengasuh Siti Aafiyah itu selamat bersalin tepat jam 2.41 pagi semalam selepas seminggu mengalami kecederaan jatuh dari motosikal.
“Alhamdulillah, syukur ya Allah atas amanah dan rezeki yang kau kurniakan. Semoga kami dapat menjaga amanatMu ini dengan baik insya-Allah.
“Terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusan kelahiran malaikat kecil kami pada harini tepat jam 2.41 pagi tadi(semalam),” katanya.
Dayah melahirkan rasa syukur itu menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Sebelum ini Dayah mengalami kecederaan di bahagian kepala, siku, tangan, lutut dan juga kaki ketika sedang sarat hamil.
Dalam entri yang sama dia turut memuat naik fotonya di atas katil hospital bersama suaminya di sisi.
Selain itu, Dayah turut memngucapkan terima kasih kepada suaminya yang juga pemain pasukan bola sepak Terengganu FC II (TFC II) iaitu Ridzuan Razali.
“Terima kasih my love for everything and sentiasa buat yang terbaik untuk sayang! Lepasni kita sama-sama buat yang terbaik untuk anak kita pula yaa.
“Semoga Allah swt sentiasa berkati segala yang abang lakukan,” ucapnya.
Dayah menjadi pengasuh Aafiyah sejak anak sulung penyanyi Aku Cinta Pada Mu itu bayi lagi dan menamatkan tugasnya selepas berkahwin.
Wanita berusia 26 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan pada 5 Januari 2021.