Laman Utama
Selepas Setahun Duduk Rumah, Kareena Kapoor Mahu Sambut Deepavali Di Kawasan Pergunungan
Sempena meraikan perayaan Deepavali atau Diwali esok, pasangan pelakon popular Bollywood, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor bersama anak mereka, Taimur Ali Khan akan bercuti di Dharamshala, India.
Memetik laporan Times of India, pasangan ini membuat keputusan tersebut memandangkan Saif Ali kini sedang menjalani penggambaran filem di sana.
"Saif sedang menjalani penggambaran di Dharamshala untuk sebuah filem, saya pula tidak pernah pergi ke sana, jadi saya akan membawa Taimur bertemu dengannya di sana.
"Kami teruja untuk bercuti di kawasan pergunungan dan menghirup udara segar di sana.
"Sudah setahun kami duduk di rumah sebelum ini. Jadi, bercuti ke Dharamshala untuk beberapa hari adalah satu perkara menarik," kata Kareena.
Dalam pada itu, Kareena yang kini hamil anak kedua berkata, dia lebih gemar meraikan Deepavali dengan sambutan yang lebih kecil tahun ini.
"Kami merancang untuk bercuti dengan senyap dan meluangkan masa bersama, sudah tentu kami tidak akan meraikan Diwali besar-besaran tahun ini.
"Saya lebih gemar untuk meraikannya secara kecil-kecilan sahaja kali ini," katanya lagi.
Sumber & Kredit Foto : Times of India, Instagram Kareena Kapoor