Hiburan

Selepas Terima Banyak Mesej Netizen, Joy Revfa Buka Mulut Pasal Da'i Syed - "Takda La Sampai Dia Aniaya Perempuan ..."

Zulaikha Yusof
27/11/2020
14:40 MYT
Sponsor Banner
Selepas Terima Banyak Mesej Netizen, Joy Revfa Buka Mulut Pasal Da'i Syed - "Takda La Sampai Dia Aniaya Perempuan ..."
Usahawan dan bekas isteri penyanyi nasyid Hafiz Hamidun, Joy Revfa tampil membuka mulut tentang pendakwah bebas Da'i Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail yang sekarang ini hangat menjadi bualan warganet.
Menurut Joy sepanjang mereka berkawan, Syed seorang yang baik hati serta rajin berkongsi ilmu.
"Disebabkan ramai yang tag dan pm Joy isu ni. Sebenarnya, si Dai Syed ni memang nampak nakal atau suka mengusik walaupun dia ni pendakwah.
"Sepanjang pernah kawan dengan dia sebagai kakak takda la sampai dia aniaya perempuan.
"Setahu Joy lah. Dia kawan yang baik hati dan selalu kongsi ilmu," tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram Stories.
Dalam pada itu, Joy berharap agar pihak terlibat tampil bersemuka bagi menyelesaikan tuduhan tersebut.
"Kalau tuduhan tu benar, mohon mangsa-mangsa yang terkena tu tampil lah supaya kedua-dua belah pihak tak teraniaya," tulisnya lagi.
Joy dan Syed pernah dikaitkan sebagai pasangan kekasih pada Mei lalu namun dakwaan itu ditepis oleh Syed.
BACA: "Joy Revfa Selalu Minta Nasihat Saya" - Da'i Syed Jelas Hubungan Sebenar Dengan Bekas Isteri Hafiz Hamidun
Terdahulu, tular di laman sosial sosial Twitter bebenang seorang pengguna laman sosial menggunakan nama @ainunnnajwa yang mendakwa sahabatnya menjadi mangsa rogol Syed.
Susulan itu, Syed membuat laporan polis terhadap pemilik akaun itu di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
BACA: Dituduh Merogol, Da’i Syed Buat Laporan Polis Terhadap Pengguna Twitter @ainnunnnajwa!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar