Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Selepas Tiga Bulan Bergelumang Dengan Polemik Rumah Tangga, Hafidz Roshdi Akhirnya Berjumpa Anak-Anak - “Bayangkan…”

Izwan Isa 11/06/2023 | 02:50 MYT
Selepas dihenyak dengan pelbagai kritikan oleh netizen selepas sebutan kedua kes pertuduhan mencederakan isterinya Nurul Shuhada pada 13 Mac lalu, pelakon Hafidz Roshdi berkongsi keceriaan bertemu dengan anak-anaknya.
Hal tersebut dikongsikan menerusi beberapa siri gambar dan video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
BACA: “Alhamdulillah, Saya Okay” - Hafidz Roshdi Tenang Berkopiah, Dah Ready Untuk Sebutan Kedua Kes Pertuduhan Cederakan Isteri
“Bismillah, perjumpaan dengan Humairah dan Umar setelah hampir tiga bulan tak berjumpa, bayangkan rindunya seorang abah pada anak anaknya macam mana?” tulisnya.
Terdahulu, Hafiz yang hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu memberitahu yang dia kini berada dalam keadaan baik dan enggan memberikan sebarang komen berhubung prosiding hari ini.
“Alhamdulilah saya baik baik saja, semuanya okay kalau nak tahu apa-apa boleh tanya peguam nanti,” kata Hafidz ketika ditemui Gempak.
Terdahulu, 5 Mac lalu, Hafidz ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.
BACA: Hafidz Roshdi Sudah Ke Hospital Bahagia - "Namun Keputusan..."
Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.
#Anak #Hafidz Roshdi #3 Bulan
;