Hiburan
Selepas Tommy Hilfiger & Michael Kors, Neelofa Jumpa Giuseppe Zanotti Pula!
Hos dan usahawan popular Neelofa sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila bertemu pereka fesyen tersohor, Giuseppe Zanotti di Milan baru-baru ini.
Perkara itu dikongsi Neelofa menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Menerima layanan yang baik ketika singgah di butik pameran Giuseppe Zanotti di Milan dan berpeluang berjumpanya sendiri," tulis Neelofa sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Neelofa berasa kagum dan memuji gaya penampilannya.
"Tak pernah tak cantik Lofa.
"That's awesome!
"Lucky lady Lofa, I lofa you," tulis netizen.
Neelofa berada di kota Milan untuk menghadiri beberapa pertunjukan jenama mewah sempena Minggu Fesyen Milan pada minggu lalu.
Sebelum ini, Neelofa telah bertemu Tommy Hilfiger dan Michael Kors ketika menghadiri Minggu Fesyen New York.
Terbaru, hos MeleTOP berkenaan berada di Paris untuk pertunjukkan fesyen di sana, siapa pula yang bakal bertemu dengannya di sana? sama-sama kita nantikan