Laman Utama

Selepas Yuna, Wajah Layla Sania Hiasi Skrin Digital Gergasi New York - "Kita Ada Kekuatan Untuk Mengubah Dunia"

Zulaikha Yusof
21/07/2021
08:00 MYT
Sponsor Banner
Selepas Yuna, Wajah Layla Sania Hiasi Skrin Digital Gergasi New York - "Kita Ada Kekuatan Untuk Mengubah Dunia"
Penyanyi, Layla Sania, 19, meluahkan rasa syukur selepas wajahnya menghiasi papan iklan digital di Times Square, New York, Amerika Syarikat menerusi kempen Equal yang dianjurkan platform penstriman muzik Spotify.
Layla atau nama sebenarnya Layla Sania Khairuzikri mengakui tidak menyangka akan muncul di papan iklan digital di Amerika Syarikat sebaris dengan penyanyi Malaysia yang menempa nama di peringkat antarabangsa, Yuna.
"Saya benar-benar bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada Equal oleh Spotify. Ini sangat bermakna bagi saya sebagai penyanyi.
"Saya tidak pernah membayangkan melihat diri saya di papan iklan digital di Times Square, New York City sama seperti Yuna dan barisan artis wanita antarabangsa yang lain," katanya kepada Gempak.
Layla antara wakil Equal Malaysia dan Singapura yang terbabit dalam projek ini di samping 34 artis mewakili 50 negara yang lain.
Tambah penyanyi yang baru sahaja melancarkan single pertamanya di dalam bahasa Mandarin, By Your Side berharap agar kejayaan ini dapat dijadikan inspirasi pada pemuzik wanita untuk menapak lebih jauh.
"Saya amat terharu dan saya harap ini boleh dijadikan inspirasi kepada pemuzik wanita di luar sana.
"Kita mempunyai kekuatan untuk mengubah dunia, tidak kira siapa diri kita dan tidak kira di mana sahaja kita berada," katanya lagi.
Dalam pada itu, Layla turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminatnya yang setia menyokong kerjayanya dari mula hingga kini.
Terdahulu, Yuna pernah menghiasi wajah papan iklan digital Times Square New York pada tahun 2016.
Berita ini turut disiarkan dalam AWANI 7:45, untuk menyaksikan, klik di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar