Berita
"Selera Dia Memang Tembam-Tembamlah Kot, Tapi..." - Zulin Aziz Tak Mahu Sekadar Jadi Opsyen...
Pelakon dan pengacara Zulin Aziz meluahkan pandangan sinisnya terhadap penerimaan sesetengah individu yang kononnya boleh menerima kehadiran golongan wanita berbadan gempal dalam hidup mereka.
Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 31, berkata, hakikat sebenar, wanita yang berbadan ramping sering menjadi pilihan ramai untuk ditatap.
"Terima aku seadanya? Tak ada maknanya! Depan kita dia cakap okay tapi belakang kita kutuk-kutuk kita gemuk. Paling-paling pun mengejek kita tembam lah, kenderaan beratlah apa lah. Acah-acah bergurau hakikatnya dia memang sengaja nak cakap kita gemuk.
"Selera dia memang tembam-tembam lah kot tapi minah pakai bikini badan lekok yang dia stalk setiap hari. Dia nak minah lekok tapi tak dapat jadi dia ok jelah mana ada kot. Sampai bila nak jadi sekadar opsyen utk dia," tulis Zulin.
Zulin meluahkan hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Zulin turut berkongsi gambar transformasi dirinya yang terkini.
Katanya, dia tekad berusaha untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih ideal bukan untuk orang lain, tetapi sebaliknya untuk kepuasan diri sendiri.
"Tak ada siapa nak gemuk dan tak sihat. Kalau nak suruh cerita, semua ada cerita tersendiri. Kita yang kena ada usaha. Tak ada usaha tak jalan. Ibarat tunggu duit jatuh dari langit.
"Buat untuk diri sendri. Masih belum terlambat. Tiap hari ada peluang untuk ubah cara hidup, pemakanan untuk lebih sihat dan yang paling penting taraf keyakinan diri kita.
"Banyak kali gagal tak apa tapi berapa kali kita bangun dan kita cuba itu yang paling penting. Mereka nak ketawa dan perlekehkan usaha kita? Silakan. Buktikan kalau gagal buat lagi esok," tulisnya di Instagram.
Zulin merupakan artis yang memang dikenali dengan usaha dan semangatnya untuk menurunkan berat badan sejak beberapa tahun sudah.