Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Seleweng Kutipan Derma, Suami Isteri Pempengaruh Ditahan SPRM

Gempak 10/07/2024 | 14:37 MYT
Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Ditahan bagi membantu siasatan

Memetik laporan Harian Metro, menurut sumber, pasangan suami isteri ditahan SPRM jam 6.40 petang bagi membantu siasatan selepas sebelum ini membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.

​BERITA TRENDING: Aisyah Hijanah Nafi Dakwaan Seleweng Duit Derma Orang Awam, Bakal Ambil Tindakan - “Jika Saya Berdiam Pun Tetap Disalahkan”

BERITA TRENDING: Alif Teega, Aisyah Hijanah Nafi Terlibat Komisyen Derma 20% - "Malah Muka Kami Digunakan Tanpa Izin"

BERITA TRENDING: Pernah Dipukul Oleh Ibu Antara Kenangan Ruhainies Ketika Zaman Kanak-Kanak

BERITA TRENDING: Syarikat 100% Milik Aisyah Hijanah, Alif Teega Jawab Pemberian Harta Terhadap Isteri Kedua - "Ada Bahagian Masing-Masing"

"Pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya jam 9 pagi esok untuk permohonan reman," katanya.

Sebelum ini pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial, sejak kebelakangan ini.
Sumber: Harian Metro
#Ditahan #Suami Isteri #Derma #Kutipan #Pempengaruh #Seleweng
;