Hiburan

Semakin Sado, Beto Kusyairy Minta Coach Ubah Bentuk Badannya Seperti Bruce Lee atau Sudin Pendekar Bujang Lapok!

Fiza Kamarudin
20/11/2019
10:00 MYT
Sponsor Banner
Semakin Sado, Beto Kusyairy Minta Coach Ubah Bentuk Badannya Seperti Bruce Lee atau Sudin Pendekar Bujang Lapok!
Pelakon Beto Kusyairy mengakui memulakan latihan sejak Januari lalu untuk mendapatkan bentuk tubuh lebih kekar seperti sekarang.
Beto menerusi perkongsian di laman sosial Instagram (IG)nya memuat naik beberapa keping foto perubahan bentuk tubuhnya.
Menerusi ruangan kapsyen, Beto berkata dia membina otot kerana tuntutan kerja, bagaimanapun projek tersebut tergendala selama beberapa bulan sebelum memulakan semula bersama jurulatih, Khamarul Razak.
"Saya mula berlatih sejak January untuk sebuah projek namun berhenti seketika kerana projek tersebut ditangguhkan.
“Saya berhenti (berlatih) seketika untuk memberi laluan kepada projek lain.“Selepas selesai projek tersebut saya kembali ke gym selama tiga bulan dan inilah hasilnya! Terima kasih kepada coach @khamarulrzk kerana memberi 'neraka' kepada saya.
“Saya beritahu dia tak mahu nampak besar tapi biarlah berotot macam Brucee Lee atau Sudin Pendekar Bujang Lapok,” katanya.
Sementara itu jurulatih peribadi atas talian, Khamarul Razak turut menulis perjalanan Beto dari awal sebelum mendapat bentuk tubuh idaman.
Menurutnya Beto seorang yang tidak suka ke gym dan bersenam ketika memulakan sesi pertama pada 7 Januari lalu.
Selepas tiga bulan, perubahan bentuk tubuh pelakon tersebut mula menampakkan hasil dan menyambung semula latihan pada September baru-baru ini selepas tamat penggambaran filem Anak Rimau.
A post shared by ONLINE PERSONAL TRAINER (@khamarulrzk) on
Sementara itu di ruangan komen IG Beto, rata-rata pengikut memuji kesungguhan aktor itu untuk tubuh yang semakin mantap.
Mereka turut menjadikan Beto sebagai idola untuk menjadi lebih fit dan sihat.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar