Laman Utama
Sembang Lucah Dengan Kanak-Kanak Bawah Umur Di Instagram Live, Pemilik IG ‘Safieyillias94’ Ditahan Polis
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan mengesahkan pemilik akaun Instagram (IG) ‘safieyillias94’ sudah ditahan petang semalam.
Menurut Mohd. Zaid Hassan, individu tersebut ditahan di sekitar daerah Kajang bagi membantu siasatan berhubung membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak di bawah umur menerusi platform Instagram Live.
"Kita dah tangkap semalam, pada pagi ni polis membuat permohonan reman untuk siasatan lanjut," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Terdahulu, satu rakaman video tular di laman media sosial yang memaparkan tindakan seorang usahawan kosmetik bersama beberapa orang rakannya melakukan Instagram Live yang turut disertai oleh dua remaja bawah umur.
Susulan itu, Pensyarah, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar tampil membuat laporan polis berdasarkan tiga kesalahan berkaitan akta dan peraturan di Malaysia.