#SembangGajet: Aplikasi Paling Popular Ini Rupaya Lubuk Penipuan Scammer!
Terbaru, menerusi pendedahan dibuat syarikat Kaspersky menunjukkan aplikasi WhatsApp menjadi platform paling digemari scammer.
Menurut data diperoleh Kaspersky, sebanyak 89.6% pengguna WhatsApp di Android menjadi mangsa serangan ‘phishing’.
Data ini direkodkan antara Disember 2020 hingga Mei 2021.
Menerusi laporan itu juga, Kaspersky mendapati tiga negara amat berisiko tinggi.
Tiga negara tersebut termasuklah Rusia (42%), Brazil (17%) dan India (7%) adalah yang terbanyak menerima pautan ‘scammer’ ini.
Selain WhatsApp, Telegram menduduki tempat kedua dalam aplikasi yang menjadi tempat kegemaran scammer dan ia diikuti Viber dan Google Hangout.
Sekadar info, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pernah menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan kewujudan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun WhatsApp pengguna.
MCMC dalam kenyataan berkata, taktik berkenaan menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod pengesahan enam digit yang diterima daripada pihak WhatsApp.
Kod pengesahan tersebut amnya diterima oleh pengguna untuk tujuan pengesahan apabila berlaku cubaan pertukaran nombor telefon yang dikaitkan dengan sesuatu akaun WhatsApp.