Gaya Hidup

"Semestinya Ada Bercanggah Pendapat!" - Bila Dua Jenama Cipta Rekaan Urban Raya

Amri Hassan
02/05/2019
23:29 MYT
Sponsor Banner
"Semestinya Ada Bercanggah Pendapat!" - Bila Dua Jenama Cipta Rekaan Urban Raya
Dua pengarah kreatif dua jenama fesyen tempatan Locka dan Larney mempertaruhkan rekaan khas Urban Raya LockaXLarney sempena lebaran 2019.
Menurut Pengarah Urusan Locka dan Larney, Shukri Shari dan Zura Zaibidi, tidak dinafikan berlaku percanggahan pendapat dalam proses menghasilkan 32 rekaan LockaXLarney tahun ini.
"Sudah semestinya ada bercanggah pendapat sebab ada dua kepala tetapi kami mengagihkan tugas mengikut kepakaran masing-masing.
"Idea untuk rekaan ini juga digabungkan iaitu mengguna pakai fabrik dari Locka dan di-Larney-kan dengan olahan lebih moden dan terkini.
"Tetapi pada masa sama kami masih mengekalkan DNA tersendiri. Larney lebih kepada lisu dan tutu manakala Locka menitik beratkan rekaan yang sleek.
"Malah, untuk menghasilkan koleksi ini juga kami mengumpulkan semua rekaan hot selling sepanjang empat tahun lalu dan disuntik nafas baharu," kata mereka.
Proses kolaborasi Locka dan Larney itu mengambil masa selama tiga bulan bermula daripada proses memilih fabrik, melakar rekaan dan jahitan busana.
Secara keseluruhan, kolaborasi sulung Locka dan Larney telah menghasilkan 50 rekaan pelbagai gaya, warna dan motif.
Koleksi ‘Larney x Locka Raya 2019’ ini boleh didapati di laman sesawang Larney dan Locka, kedai ‘pop-up’ Raya di KLCC dan One Utama, dan juga butik Locka di One Utama.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar