Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Seminggu Berkahwin, Ifan Seventeen Mengeluh Isteri Paksa Makan - "Kalau Tidak Nanti Dia Terus Menangis"

Amri Hassan 08/06/2021 | 03:45 MYT
Vokalis kumpulan Seventeen, Ifan 'mengeluh' apabila dipaksa makan oleh isterinya, Citra Monica.
Lebih lucu, apabila isterinya seakan-akan merajuk sampai menangis apabila Ifan menolak hidangan yang disediakannya.
"Teruntuk para istri-istri yang kami cintai, kenapa ya istri-istri itu suka banget nyuruh suaminya makan.
"Udah hobinya masak, tiap masakan disuruh makan, KUDU HABIS pula.
"Nanti kalo ga dimakan, langsung mellow seolah-olah jadi istri yang teraniaya, trus nangis dipojokan shower kamar mandi *backsound lagu dangdut," tulisnya di Instagram.

A post shared by Riefian Fajarsyah (@ifanseventeen)

Lebih dilema seandainya mahu menjaga hati isteri, Ifan mungkin akan naik berat badan dan berperut buncit.
"Kalo dimakan, trus suaminya gendut, bulet, perut cembung kaya kaca spion, malah dimarahin trus disuruh diet. DIET KALE NGAB.
"Mengertilah jeritan hati kami wahai istri-istri yang kami cintai," tambahnya.
Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah telah selamat disatukan bersama kekasihnya yang juga model terkenal, Citra Monica pada 29 Mei lalu.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Ifan dan Citra.
Pada 22 Disember 2018, isteri Ifan iaitu Dylan Sahara meninggal dunia dalam bencana tsunami di Tanjung Lesung, Banten, Indonesia.
#Kahwin #Indonesia #Ifan Seventeen #Citra Monica #Pengantin Baru
;