Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Seminggu Cari Idea, 3 Hari Siapkan Sneakers Anis Al-Idrus Dengan Linangan Air Mata - Pereka Kasut

Amri Hassan 14/07/2017 | 03:52 MYT
Kisah tular sneakers bertatahkan batu permata dan renda pengantin baru Anis Al-Idrus bersama pasangannya Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim belum lagi surut.
Tampil hipster ketika majlis bersanding yang berlangsung seminggu lalu dengan menggayakan sneakers, Anis memberitahu pilihan itu demi keselesaannya melayan tetamu.
Namun, pernahkah anda terfikir siapakah yang sanggup memerah idea untuk menatarias sepasang sneakers supaya boleh dipadankan dengan acara yang berlangsung?
Sneakers itu direka oleh seorang pereka kasut dari Bagan Datuk, Perak!
Leeza Kamaruddin atau nama sebenarnya Kamaliza Kamaruddin, 43, sudah lima tahun berkecimpung dalam bidang rekaan kasut untuk majlis perkahwinan dan makan malam.
"Saya minat membuat DIY sejak kecil lagi untuk kelengkapan rumah dan hiasan manik baju. Bermula sebagai hobi kini menjadi sumber pendapatan," katanya kepada Hijabista.
Biasanya Leeza menerima tempahan untuk menatarias kasut pengantin jenis pump dan wedges, berbeza bagi kes Anis Al-Idrus yang mahukan kelainan untuk menyarung sneakers.
"Lama saya memikirkan hiasan untuk sneakers ini. Selepas seminggu baru ada idea dan saya menggandingkan material jenis renda Prada, glass pearl dan Rhinestone," katanya.
Sedang sibuk menyiapkan tempahan, Leeza kehilangan ibunya, Kamsiah Ashaari dua minggu selepas sambutan Aidilfitri lalu.
"Saya ada tiga hari untuk menyiapkan perincian sneakers itu," katanya yang bergelut dengan kesedihan.
Leeza tidak mengetahui pelanggannya yang menempah sneakers itu sebenarnya seorang selebriti sehingga melihat sendiri gambar kasut berkenaan yang tular.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Hijabista
#Viral #Viral #Anis Al-Idrus #Sneakers
;