Laman Utama

Seminggu Longgarkan ‘Zero Covid’, Beijing Kembali Jadi ‘Bandar Hantu’

Maliah Surip
15/12/2022
08:45 MYT
Sponsor Banner
Seminggu Longgarkan ‘Zero Covid’, Beijing Kembali Jadi ‘Bandar Hantu’
Jalan kosong, deretan kedai dan pusat beli belah yang sunyi dan penduduk saling ‘berjarak’ bukan sesuatu yang baharu di Beijing, China. Sejak pandemik COVID 19 melanda dunia lebih dua tahun lalu, kehidupan itu disebut sebagai norma baharu.
Namun, lewat foto yang dirakamkan dan disiarkan CNN ini, ia adalah situasi atau suasana terkini Beijing yang serba serbi sepi, sunyi dan kembali menjadi ‘bandar hantu’ hanya seminggu selepas pihak kerajaan memberi kelonggaran kepada fasa ‘Zero Covid’ atau lockdown.
Kes virus yang telah membunuh jutaan manusia di seluruh dunia itu kembali melonjak dengan sangat drastik, memaksa para pekerja dalam pelbagai sektor tidak melakukan kegiatan termasuk keluar beriadah atau ke pejabat untuk bekerja.
Salah seorang pekerja, Sylvia Sun memberitahu agensi tersebut, sekitar 21 daripada 24 pekerja di Beijing tidak ke pejabat dan kembali dengan rutin bekerja dari rumah sejak beberapa hari kebelakangan ini.
“Sebenarnya ramai yang tidak begitu mempunyai tugasan kerana kebanyakan daripada ‘bos’ dijangkiti Covid 19.
“Acara acara seperti persembahan, aktiviti kekeluargaan dan beberapa lainnya tidak dibenarkan bagi mengekang virus ini,” katanya.
Covid 19 pertama kali dikesan di wilayah Wuhan, China pada Disember 2019.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar