Hiburan

"Semoga Jadi Ibu Yang Baik Untuk Anak Dia..." - Enot Bakal Bergelar Nenek

Asraf Aided
29/11/2019
07:07 MYT
Sponsor Banner
"Semoga Jadi Ibu Yang Baik Untuk Anak Dia..." - Enot Bakal Bergelar Nenek
Pelakon Enot memaklumkan berita gembira mengenai anak sulungnya yang kini hamil lima bulan.
Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan warganet.
Enot meluahkan rasa teruja untuk menimang cucu pertama dan berharap agar anaknya dapat menjadi seorang ibu yang baik.
"Alhamdulillah anak sulung saya dah mengandung lima bulan, semoga dia menjadi ibu yang baik untuk anaknya.
"Saya bakal tokmamok muda haa gitew, nak bagitahu akan ada selalu untuk dia dan anak dia," tulis Enot sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Enot turut meluahkan rasa syukur dan menyifatkan kehadiran cucunya nanti sebagai satu rezeki dari Tuhan.
"Saya nak jadi tokmamok, rezeki Allah bagi macam-macam bentuk, kita syukur dengan apa yang diberi," tambahnya lagi.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Enot tumpang gembira dan mengucapkan tahniah untuknya.
Terdahulu, Enot pernah berkahwin dengan Zainul Abidin Mat Noor pada tahun 2008 dan bercerai pada tahun 2013.
Sebelum itu, dia juga pernah berpisah pada tahun 2006 dan mempunyai dua cahaya mata iaitu Adriana dan Ariana sebagai hasil perkahwinan pertamanya itu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar