Laman Utama

“Semoga Keserasian Kami Berjaya” - Refal Hady Hanya Kawan Dengan Prilly

Mya Amri
21/08/2023
03:42 MYT
Sponsor Banner
“Semoga Keserasian Kami Berjaya” - Refal Hady Hanya Kawan Dengan Prilly
Pelakon terkenal Indonesia, Refal Hady menafikan dakwaan gosip cintanya bersama aktres, Prilly Latuconsina.
Menurut Refal, hubungan mereka hanyalah atas dasar profesional sebagai rakan dalam industri seni dan juga gandingan dalam filem Ketika Berhenti Di Sini.
“Sebenarnya saya juga bingung dengan gosip itu, kita tidak perasan mungkin juga cara orang yang melihatnya berbeza.
“Setakat ini saya dan Prilly mempunyai hubungan yang baik itu sahaja. Semoga keserasian kami dalam filem ini berhasil,” jelasnya.
Refal ditemui Gempak ketika majlis pra tonton filem terbaharunya berjudul Ketika Berhenti Di Sini pada Sabtu.
Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai Prilly, Refal menyifatkan wanita itu sebagai seorang rakan gandingan yang baik.
“Prilly orangnya sangat berfikiran terbuka, kami selalu bercanda dan ketawa bersama sewaktu penggambaran.
“Filem ini cukup berat untuk Prilly kerana dia perlu banyak bermain dengan emosi. Jadi sebagai rakan sekerja kita harus pandai membuatkan dia terhibur.
“Ternyata hal hal yang mudah, yang kecil juga membuatkan kamu ketawa,” ujarnya.
Selain Rafel, Prilly dan pengarah filem berkenaan, Umay Shahab juga hadir ke Malaysia bagi mempromosikan naskhah berkenaan.
Ketika Berhenti Di Sini sudah mula ditayangkan di pawagam tempatan sejak Sabtu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar