Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Semoga Saya Tak ‘Tumbang’ Sebelum Mereka Berjaya” - Luahan Rita Rudaini Untuk Anak Buat Netizen Sebak

Umirah Halim 26/08/2024 | 03:56 MYT

Pelakon Rita Rudaini menitipkan luahan istimewa buat anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna mengenai perasaan sebenarnya.

Usaha terbaik buat anak

Kongsi Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, 48, sebagai ibu tunggal dia sedar bahawa dirinya tidak sempurna.

Bagaimanapun, dia masih cuba berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya.

“Mommy selalu risau tentang masa depan kamu. Mommy selalu penat dan letih tetapi tetap berusaha untuk kamu. Mommy banyak berkorban demi kebahagiaan kamu. Mommy akan rasa bersalah jika tak pernah ada dengan kamu. Mommy sangat bangga walau apa saja pencapaian kamu walau sekecil kecil apa pun.

"Mommy tahu mommy tidak sempurna, boleh ke kamu terima? Hati mommy akan hancur bila kamu dalam kesedihan. Diri mommy dah tiada apa-apa kerana semua keutamaan hal hanya pada kamu,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen pelakon drama Sehangat Asmara ini juga berharap agar dapat melihat kejayaan anaknya sebelum melangkah ke alam seterusnya.

“Semoga orang jangan tumbang, sebelum depa (mereka) berjaya,” tulisnya lagi.

Netizen sebak

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen dapat dilihat juga reaksi netizen yang sebak dengan hantaran yang dibuat oleh Rita.

Malah, ada juga yang berpendapat Rita sewajarnya diangkat sebagai idola ibu tunggal.

“Menangis baca, tahniah sis atas kejayaan membesarkan mereka sendiri. Saya doakan kebahagiaan sis untuk mereka dunia dan akhirat.

“The truly 'MOM'. Sepatutnya Rita dijadikan ikon ibu Malaysia. Sentiasa tabah untuk anak-anak. Boleh bagi inspirasi ramai single mom kat luar sana.

“Aku kagum sungguh dengan manusia yang nama Rita Rudaini ni dari dulu cerita pasal dia semua tak ada yang sedap didengar. Padahal dia bukan buat salah apa pon. Tapi see Allah SWT tunjuk satu-satu bila anak-anak dia dah besar dia berjaya didik anak dia sorang, tanpa bantuan atau pon belas kasihan dari sesiapa. Tahniah sis,” komen beberapa netizen.

#Anak #Netizen #Rita Rudaini #Ibu #Sebak #Luahan
;