Laman Utama
Sempat Kecoh Pengakuan Berzina, Kekasih Nikita Mirzani Sunat Lepas Peluk Islam: “Ya Biar Sihat”
Kekasih selebriti kontroversi Nikita Mirzani, Antonio Dedola dilaporkan memeluk Islam baru baru ini.
Jejaka Inggeris yang berasal dari Itali itu juga telah bersunat sebaik memegang status sebagai mualaf.
Kata Nikita, peluk Islam dan sunat bukan merupakan sebuah paksaan daripada, tetapi memang menjadi keinginan kekasihnya, Antonio.
“Selepas peluk Islam dia sunat. Itu semua keinginan dia dan sunat biar sihat juga,” katanya seperti dilaporkan Detik.com.
Nikita kemudian berkongsi keadaan terkini kekasihnya selepas bersunat. Dia mengatakan Antonio berasa sedikit sakit, namun berada dalam keadaan baik.
Dia juga memberi komen tindakan Antonio memeluk Islam dan sunat kerana mereka akan menikah dalam masa terdekat.
"Kalau sudah segera, ya segera. Tapi tunggu dulu kerana masih ada yang harus diuruskan, anak sekolah," jelasnya.
Sebelumnya Nikita sempat membuat heboh netizen apabila mengaku melakukan hubungan seks, namun masih melaksanakan kewajiban solat subuh.
“Jika sudah berzina pasti kena mandi wajib dulu. Saya bangun sekitar pukul 5.30 untuk solat subuh,” dedahnya dalam YouTube sebelum ini.
Untuk rekod, Nikita sudah pernah tiga kali berumah tangga dan bercerai.
Namun dia mengaku hatinya terbuka untuk kembali berkahwin dan hidup bersama Antonio kerana jejaka tersebut berjaya mencuri hati anak-anaknya, terutama Arkana Mawardi serta sikap matang yang tidak gilakan publisiti murahan.