Hiburan
“Sempat Pergi Mamak, Makanan Belum Sampai Dah Leaking” – Isteri Bersalin, Hafiz Suip Yang Pitam
Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip, Nureffy Jasreel Abdullah berkongsi pengalaman bersalin anak kedua, Muhammad Alkaf Zayne.
Effy berkongsi momen tersebut menerusi coretan di akaun Instagram peribadi miliknya.
Menurut Effy, dia mengalami tanda-tanda bersalin sewaktu tiba di kedai makan untuk bersarapan bersama keluarga.
“Due date 23rd March tapi 1st March dah keluar tak sangka awal 3 minggu. Cerita dia macam ni, pagi tu nak pergi sarapan dekat kedai mamak dengan keluarga.
“Dah siap order roti canai dengan susu manis dan teh tarik ais. Makanan belum sampai dah leaking kat situ, kedai mamak dah lah tengah penuh sebab hari Ahad.
“Tapi kita relax tak nak bagi tahu sebab tak nak keluarga panik. Bila dah leaking teruk, nak tak nak kena lah bagi tahu jugak.
“Sempat jugak lah jugak minum teh tarik ais sebelum rush ke hospital. Hehehe. Kita tak sangka sebab yang kedua ni tak ada tanda-tanda pun.
“Bila sampai dah 1.5cm. Masa tu pukul 11 lebih pagi. Masa kat labour langsung tak ada rasa contraction. Relax sangat boleh makan chocolate M&M lagi tapi ada orang tu pulak yang pitam. Tak perlu bgtahu sapa lah ye?
“Baby Alkaf keluar pukul 6.41pm, 3.03kg. Alhamdulillah saya dan baby dipermudahkan. Terima kasih kepada semua yang doa kita dan baby. Tunggu umur Baby Alkaf dah sebulan kita share gambar full ok?” coretnya.
Terdahulu, Hafiz dan Effy telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Riyadh Zafri pada 31 Disember 2017.