Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Sempena Ulang Tahun Ke-23, Camila Cabello Ajak Bantu Kanak-Kanak Di Syria

Asraf Aided 06/03/2020 | 09:36 MYT
Penyanyi popular Hollywood, Camila Cabello meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-23 pada Selasa.
Sempena sambutan hari istimewanya itu, Camila menyeru orang ramai untuk sama-sama membantu kanak-kanak bernasib malang di Syria.
Camila berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
"Saya ucapkan terima kasih kepada semua, saya rasa bersyukur dan sangat sayangkan anda semua.
"Sempena hari lahir saya tahun ini, saya mahu ajak anda semua untuk memberi perhatian kepada krisis kemanusian yang paling teruk di dunia yang sedang berlaku di Syria sekarang," tulis Camila sebagai kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari ramai peminat yang mengucapkan selamat hari lahir buat Camila, pada masa yang sama, mereka turut menyokong usaha murni penyanyi lagu Havana ini.
Dalam pada itu, Camila turut mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai krisis tersebut.
"Seramai 950,000 orang dipaksa untuk meninggalkan rumah mereka untuk melarikan diri akibat keganasan di Idlib, ada yang hanya lari membawa sedikit pakaian sahaja.
"Kebanyakan dari mereka adalah kanak-kanak, mereka kini tinggal di kem dengan suhu yang sangat sejuk.
"Save the Children sedang berusaha untuk menghantar bekalan makanan dan selimut, mereka mahu menyelamatkan keluarga-keluarga di Syria dan memerlukan bantuan kita semua, layari savethechildren.org untuk membantu mereka," tulisnya lagi.

ITS MY BIRTHDAY!!! guys thank u for all of the birthday love, I absolutely love you guys and am so thankful for you ? for my birthday I wanna bring attention to one of the worst humanitarian crises happening in the world right now, in Syria. 950,000 people have been forced to flee their homes because of the violence in Idlib – some with only the clothes on their backs. Most of them are children. Now, they’re living in displacement camps in freezing cold temperatures. families shouldn’t have to choose between dying from bombs or freezing cold temperatures. Save the Children is working to provide displaced families with food, blankets and warmth. They are trying to keep kids families safe, but they need our help. so for my birthday, it would mean the world to me if you would consider supporting Save the Children’s response to this humanitarian crisis. Go to savethechildren.org to help Save the Children reach children in need. I love u ❤️❤️❤️❤️

A post shared by camila (@camila_cabello) on

#Camila Cabello
;