Viral
Sempoi! Lihat Cara Pelukis Mural Ini Melamar Juara AsNTM 2, Sheena Liam
Ada pelbagai cara melamar kekasih untuk dijadikan suri hidup.
Namun pelukis mural yang terkenal dengan karya-karya hebat di sekitar jalan di Pulau Pinang, Ernest Zacharevic mempunyai cara tersendiri.
Menerusi sebuah papan iklan gergasi di tepi sebuah jalan raya di kampung halamannya di Autostrada Kaunas Vilnus, Lithuania, pelukis mural itu menulis perkataan 'Marry Me Sheena' dan merakamkan sepotong video menggunakan kamera drone untuk melamar kekasihnya.
"Cara paling aneh dan 'terlalu kecil' untuk meluahkan perasaan saya, tetapi saya fikir @sheenaliam faham makna yang ingin disampaikan. #shesaidcan #makeromancegreatagain," tulisnya di video Instagram dua hari lalu.A post shared by Ernest Zacharevic (@ernestzacharevic) on
Sheena kemudiannya membalas 'lamaran' istimewa itu dengan memuat naik semula video yang sama di akaun Instagramnya dengan kapsyen: "Ernest, kenapa perlu bersusah-payah."
"Saya lebih terkejut dengan papan iklan itu berbanding lamaran Ernest sebenarnya.
"Jadi, majlis perkahwinan saya akan diadakan di Lithuania pada musim panas nanti dan satu di Kuala Lumpur serta Pulau Pinang," katanya kepada media.
Untuk rekod, Sheena, 26, merupakan peserta pertama dari Malaysia yang memenangi Asia's Next Top Model (AsNTM) musim kedua pada tahun 2014.
Manakala, Ernest, 31, merupakan seorang pelukis mural jalanan tersohor yang banyak menghasilkan karya unik di sekitar jalanan di Pulau Pinang, Singapura dan Barcelona.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: The Star, IG @sheenaliam, IG @ernestzacharevic
Must-Watch Video