Laman Utama

Sempoi! Pengarah Mydin Minta Caprice Hantar Surat Saman

Maliah Surip
20/10/2022
09:58 MYT
Sponsor Banner
Sempoi! Pengarah Mydin Minta Caprice Hantar Surat Saman
Susulan rasa tidak puas hati yang diluahkan Caprice melalui Insta Storynya mendakwa syarikat Mydin memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadapnya di Twitter, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin memberikan respons yang agak sempoi.
Ameer menerusi laporan dikeluarkan Kosmo! menerima dengan terbuka jika penyanyi rap sensasi itu mahu melayangkan surat saman kepada syarikatnya.
“Kami (Mydin) tak ada sebut nama Caprice atau ‘tag’ Caprice dalam hantaran kami, kenapa dia nak terasa.
“Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada pihak kami, biar peguam saya nanti akan semakkan,” katanya ringkas.
Selain itu, beliau menyifatkan ciapan yang dibuat dengan menggunakan perkataan Cap dan Rice untuk mempromosikan barangan di Mydin tidak mengandungi unsur hinaan atau perli yang ditujukan kepada sesiapa.
“Siapa makan cili, dia rasa pedas,” katanya lagi.
Semalam, Mydin di Twitter Mydin Malaysia memuat naik tiga gambar bersama hantaran: “Mula-mula ingat nak beli tea je (saja), sekali terbeli cap (topi) dan rice (beras).
“Bila sampai rumah, rasa macam tak perlu pun cap dengan rice tu. Nasib Mydin bagi pulangkan balik dalam masa 24 jam."
Caprice, 33, kemudian menyifatkan ciapan itu seperti satu penghinaan buatnya dan menuntut saman sekitar RM30 juta terhadap syarikat tersebut.
“Tak sangka jenama yang disegani sanggup sindir. Saya memberi 24 jam untuk MYDIN membuat permohonan maaf terbuka menerusi video atas tindakan itu,” tulis Caprice.
Tidak berhenti di situ, Caprice menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan undang undang kepada Mydin.
“Disebabkan hantaran Mydin pada 19 Oktober, klien kami rasa dihina oleh jenama dan pasaraya ini.
“Klien (Caprice) kami berasa tidak selamat dan trauma dengan penghinaan awam ini.
“Kami akan mengenakan tindakan undang-undang,”tulis Caprice.
Meski berhasrat mengambil tindakan undang undang, Caprice juga sempat menawarkan diri untuk belanja pengikutnya dan rakyat Malaysia membeli belah di Mydin terpilih.
Dia menawarkan pilihan seperti beras dan minyak percuma kepada mereka yang bertuah.
Sumber: Kosmo!
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar