Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

“Semua Ni Cari Musolla Nak Solat...”- Rizalman Dedah Modelnya Tak Tinggal Tanggungjawab Dengan Tuhan

Syafiqah Jalal 27/02/2020 | 07:05 MYT
Pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim mendedahkan model yang diambil dari Indonesia untuk pertunjukkan fesyen, Kesuma Jiwa 2020 baru-baru ini menunaikan solat sebelum pementasan.
Perkara itu pada mulanya didedahkan oleh peminatnya yang terjumpa model tersebut ketika hendak menunaikan solat Maghrib sebelum konsert di Istana Budaya itu bermula.
“Kami jumpa mereka dalam surau masa nak solat Maghrib.
“Kasihan mereka nak solat tapi surau penuh. Bagus betul,” kata seorang peminatnya yang membalas InstaStory Rizalman
Kandungan InstaStory Rizalman itu memberitahu sebahagian dari model pada pertunjukkan fesyen pada malam tersebut berasal dari Indonesia.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Rizalman di akaun Instagram miliknya yang memuat naik paparan skrin mesej peribadi tersebut.
Rizalman kemudian mengesahkan perkara tersebut.
“Ya, ni aku nak buka cerita mengenai mereka. Model-model Indonesia ni semua cari Musolla nak solat. Aku respect gila,” balasnya.
Pertunjukan fesyen Kesuma Jiwa mementaskan koleksi terakhir Rizalman berserta persembahan khas dari Dayang Nurfaizah.
Ketika pementasan tersebut Rizalman memutuskan untuk bersara dari dunia fesyen tanah air selepas 30 tahun berkecimpung dalam bidang tersebut.

di balik tabir #kesumajiwa2020 . . . kami juga sediakan musolla di garage sale.. tp kecik ja la

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

#Model #Rizalman Ibrahim #Kesuma Jiwa
;