Laman Utama
"Semua Orang Akan Rasa ..." - Ini Jawapan Kenapa Neelofa Suruh Jemputan Pakai Baju Putih
Keputusan selebriti terkenal Neelofa, 33, mewajibkan semua tetamu mengenakan busana berwarna putih di majlis perkahwinannya bersama Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail, 26, adalah tindakan yang jarang ditemui.
Tetamu yang dimaksudkan itu bukan sekadar ahli keluarga dan rakan artis tetapi termasuk dengan krew yang terlibat serta media.
Menerusi Instagram (IG) Pengarah Urusan ANAS Cosmetics, Anas Zahrin akui terpaksa menghubungi Neelofa untuk mengesahkan mengenai kod pakaian.
"Lofa (Neelofa), Anas pakai baju putih tak macam Anas yang pengantin ke?" tanyanya menerusi satu panggilan telefon.
Jawab Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, dia menginginkan kesemua jemputan berasa seperti seorang pengantin pada hari bahagianya dan Haris.
"Memang la.. Semua orang akan rasa macam pengantin hari ini. It's okay," jawab Neelofa secara ringkas.
Dalam pada itu, Anas turut mengambil kesempatan memohon maaf kerana tidak menjawab pertanyaan mengenai perkahwinan pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot ini.
"Kepada media, rakan-rakan yang tanya saya sebelum ini. Maaf sangat-sangat.
"Bila diamanahkan untuk simpan rahsia, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk simpan. Doa yang baik baik buat pasangan.
"Semoga bahagia hingga ke jannah sahabat baikku Noor Neelofa Mohd Noor," tulisnya sebagai kapsyen.
Pada Sabtu lalu, Neelofa dan Haris selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup serba putih dengan sekali lafaz.
Majlis akad nikah tersebut telah diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Haris selamat melafazkan akad dengan berwalikan adik kandung Neelofa, Mohamed Aqief Mohd Noor.
Instagram: @anaszahrin & @izaraaishahofficial