Gaya Hidup
Semua Pelanggan Berdiri Apabila Restoran Pasang Lagu Negaraku… Inilah Semangat Malaysiaku!
Sebuah restoran meraih perhatian netizen apabila memainkan lagu Negaraku bagi meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna dengan nama @ladydarshankaur berkongsi sepotong video situasi semasa lagu kebangsaan itu berkumandang.
“Syabas anak Malaysia. Lokasi: Jibby & Co, Empire Subang,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen video.
Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan semua pelanggan tanpa mengira agama dan bangsa bangun bagi menghormati dan turut sama menyanyikan lagu Negaraku.
Tepukan dan sorakan turut diberikan selesai nyanyian lagu tersebut dan ia jelas menunjukkan semangat patriotik anak Malaysia yang tidak pernah luntur.
Tweet terbabit menerima pelbagai respond an rata-rata netizen memuji tindakan semua pelanggan serta usaha restoran tersebut menerapkan semangat kenegaraan dalam diri pelanggan mereka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Sangat indah melihat video ini. Inilah bukti semua rakyat Malaysia bersatu tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Harmonilah tanah airku!” komen seorang netizen.
“Dah menjadi kewajipan sebagai rakyat Malaysia untuk hormat lagu kebangsaan. Big respect and proud Malaysian people,” ujar seorang netizen bangga.
“Rasa terharu sangat tengok semua berdiri,” kata seorang netizen lagi.
“Sumpah bangga jadi anak Malaysia,” puji seorang netizen lagi.
Malah, ada netizen yang turut berkongsi video peribadi mereka berada di beberapa restoran lain yang turut memainkan lagu Negaraku.
Usaha seperti ini seharusnya menjadi contoh dan ikutan agar semangat cintakan negara sentiasa tersemat di dalam hati.
Video tersebut sehingga kini telah menerima hampir 5,000 ulang kicau dan 200,000 tontonan oleh netizen.