Berita

Seniman Tidak Memihak Kepada Pemerintah Semata-Mata

Elrafaei Sapi
11/06/2018
08:40 MYT
Sponsor Banner
Seniman Tidak Memihak Kepada Pemerintah Semata-Mata
Pelakon popular, Nam Ron menjelaskan kedudukan atau pendirian golongan selebriti adalah tidak memihak kepada pemerintah semata-mata.
Ujarnya, seniman atau lebih digelar artis juga menjadi penjuang yang menentang ketidakadilan dalam ekonomi, politik, sosial, budaya dan sebagainya.
"Mereka hanya memihak kepada ahli masyarakat," katanya yang dipetik menerusi akaun Twitternya, hari ini.
Apa yang diperkatakan Namron ada kebenarannya memandangkan hanya segelintir selebriti yang berani tampil menunjukkan diri pada khalayak menerusi aktiviti mahupun program yang dianjurkan kerajaan. Sejak berakhir Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lebih sebulan lalu, masih ada sebilangan selebriti tempatan yang mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu turut serta dalam program dianjurkan kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan.
Begitu juga, senario yang sama dapat dilihat apabila persatuan-persatuan hiburan juga tidak berani memberikan sebarang kenyataan media pada khalayak berhubung kerajaan baru.
Ada pihak beranggapan sikap persatuan hiburan dan segelintir selebriti ini yang pernah bekerjasama dengan kerajaan terdahulu menyukarkan mereka untuk tampil menyokong kerajaan baru ketika ini.
Bagaimanapun, status Namron ini diharap dapat memberi semangat pada golongan ini untuk terus bersama kerajaan memajukan industri hiburan tanah air.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: @_Nam_Ron_ (Twitter)
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar