Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Sentiasa Pegang Anak Masa Tidur…”- Trauma Selepas Kemalangan, Ikmal Amry Masih Belum Berani Memandu

Syafiqah Jalal 22/09/2022 | 22:50 MYT

Pelakon Ikmal Amry akui masih trauma hendak memandu sendiri selepas mengalami kemalangan jalan raya bersama keluarganya pada awal September lalu.

Menurut Ikmal, 28, buat masa kini dia akan ditemani oleh pembantu peribadinya untuk memandu kereta ke lokasi kerja.
“Buat masa ini saya memang tak berani nak memandu sendiri. Kemana-mana saya pergi memang pembantu peribadi akan tolong hantarkan.
“Bila rasa nak bawa (pandu) kereta tu, saya akan overthinking (fikir buruk). Even (meskipun) jalan kaki pun saya rasa takut dan fikir bukan-bukan.
“Sebelum ni saya pernah saja kemalangan sendiri. Tapi, mungkin kali ini dengan anak kecil dan isteri, jadi perasaan risau dan trauma tu masih kuat dan terbawa-bawa sampai sekarang,” katanya kepada Astro Gempak.
Ikmal ditemui selepas majlis pratonton dan sidang media filem Rasuk yang diadakan di GSC Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, pada Selasa.
Selain Ikmal, filem yang bakal ditayangkan pada 29 September ini turut dibintangi oleh Alif Satar, Elisya Sandha, Taufiq Hanafi, Ayie Floor88, Alicia Amin, Atiq Azman, Syazwan Razak dan Abbas Mahmood.
Tambah Ikmal lagi, dia dan isteri juga mengalami kembimbangan yang agak serius setiap kali keluar terutama bila berjumpa orang ramai.
“Selepas ditimpa kemalangan, saya jadi macam anxiety (kebimbangan) bila berjumpa dengan orang ramai. Perkara tersebut memang sampai sekarang menggangu dan menghantui saya dan isteri sebab kami masih teringat-teringat apa yang terjadi.
“Isteri pula jadi mudah terkejut dan sentiasa pegang anak bila masa tidur sebab masih teringat dengan insiden yang berlaku. Kalau tengok kereta, memang total loss tetapi alhamdulillah kami langsung tidak cedera,” kongsinya.
Terdahulu, Ikmal, isteri, Najla Shamsul dan anak perempuan, Cailie yang baru berusia sembilan bulan, terlibat dalam kemalangan jalan raya pada petang Sabtu (3 September), di Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju ke Melaka.

#Kemalangan #Ikmal Amry #Trauma
;