Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Seolah-Olah Ada Pakatan Nak Jatuhkan Saya”- Liza Hanim

Syafiqah Jalal 06/08/2023 | 11:12 MYT
Penyanyi Liza Hanim kesal apabila menyedari ada kelompok individu yang cuba hendak menjatuhkan dirinya dengan memberi kecaman seolah-olah dia dikatakan suka ‘makan’ atau menenggelamkan rakan duetnya.

Kata Liza ia seuatu yang melampau kerana jauh dari suduh hatinya ada berniat begitu setiap kali mebuat persembahan.

“Saya tak tahu kenapa ada yang cakap saya suka ‘makan’ rakan duet. Seolah-olah ada pakatan untuk cipta imej atau ideologi menjatuhkan saya.

“Perkataan ‘makan’ itu bagi saya agak berlebih-lebihan, melampau pun ada. Saya tak faham mengapa setiap kali membuat persembahan dengan mana-mana artis, akan timbul isu itu.

“Sejak dulu lagi saya perasan, seolah-olah ada pihak yang memang menunggu masa dan sebarkan ideologi sebegitu untuk buat orang tak suka dengan penampilan saya.

“Saya tak pernah ada niat atau terfikir pun hendak lawan rakan duet. Itu adalah persembahan bersama, saya juga sudah lama jadi penyanyi,” katanya.

Liza ditemui ketika majlis makan malam, Enchanted Night Majalah Nona baru-baru ini.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Siapa Sangka Siapa Menduga tahun 90-an itu, setiap persembahan yang dilakukan sudah melalui latihan dan diatur sebelum persembahan sebenar.

“Tugas saya di atas pentas adalah untuk menyanyi, melontarkan semua tenaga dan kemampuan yang ada. Bukan untuk berlawan siapa hebat.

“Tetapi apa yang anda tak tahu, apa yang kami lakukan di atas pentas mengikut apa yang sudah dirancang.

“Kalau betul saya ‘makan’ rakan duet, pasti tiada sesiapa yang akan menjemput saya menyanyi lagi,” kongsinya.

;