Hiburan

"Sepanjang Kami Couple & Selepas Hidup Bersama Isteri Tak Pernah Datang Tengok Saya Shooting Sebab Kami Segan" - Hairul Azreen

Zulaikha Yusof
14/12/2020
01:15 MYT
Sponsor Banner
"Sepanjang Kami Couple & Selepas Hidup Bersama Isteri Tak Pernah Datang Tengok Saya Shooting Sebab Kami Segan" - Hairul Azreen
Pelakon Hairul Azreen, 32, mendedahkan isterinya, Hanis Zalikha, 30, jarang untuk datang melihat dirinya bekerja di set penggambaran sejak bercinta lagi.
Menurut Hairul, filem aksi ketenteraan Malaysia 2018 iaitu Paskal menjadi saksi dia mendapat kunjungan Hanis buat kali pertama.
"Sepanjang kami couple dan selepas hidup bersama isteri saya tak pernah datang tengok saya shooting sebab kami berdua segan.
"Tetapi set penggambaran Paskal adalah set kali pertama @haniszalikha datang tengok saya belakon sebab saya cakap bangga buat cerita ni.
"Kali kedua dia datang set filem Wira dan buat kejutan sebab masa tu hari lahir saya.
"Kali ketiga di set filem Pasal Kau masa tu saya tembam, semalam dia datang di set Ada Hantu!! Saya sebagai pengarah," tulisnya.
Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya pada Sabtu lalu.
Dalam pada itu, pemilik nama Hairul Azreen Idris memberitahu Hanis lebih selesa untuk datang ke set penggambaran pengarah dan penerbit Adrian Teh meskipun dia menolak untuk berlakon dalam filem Ada Hantu.
"Isteri saya cakap dia selesa datang set @adrianteh19 walaupun dia tak nak belakon dalam cerita ni. Puas saya pujuk hehehe," tulisnya lagi.
Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 3, dan Alisa Aisyah, 1.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar