Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Sepupu Arwah Syazlin Minta Henti Spekulasi - “Mohon Hormat Keluarga Allahyarham”

Mya Amri 11/11/2022 | 09:20 MYT
Sepupu kepada pelakon dan selebriti media sosial, Syazlin Zainal iaitu Trisya meminta netizen berhenti membuat pelbagai dakwaan mengenai berhubung punca kematian arwah.

Trisya menerusi hantaran di akaun Twitter miliknya berharap netizen dapat menghormati keluarga arwah.

“Ramai yang DM saya, maaf tak sempat nak reply. Semuanya masih dalam siasatan. Stop buat kenyataan yang tak benar dan saya mohon hormat keluarga Allahyarhamah Syazlin Zainal. Biarlah keluarganya sendiri memberi kenyataan,” maklumnya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Pelakon Drama Sitik Tok, Syazlin Zainal Meninggal Dunia

Terdahulu, Syazlin ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar, semalam.

Perkara itu juga disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bharu Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat.

#Meninggal Dunia #Spekulasi #Syazlin Zainal #Jatuh Tingkat 22
;