Laman Utama

Serba Putih, Nabila Razali Tiru Gaya Gangubai Terima Pujian Ramai - “Hijabis Mafia..”

Azwa Rahman
31/05/2022
08:03 MYT
Sponsor Banner
Serba Putih, Nabila Razali Tiru Gaya Gangubai Terima Pujian Ramai - “Hijabis Mafia..”
Penyanyi Nabila Razali mencuri tumpuan ramai apabila mengenakan persalinan mirip watak hindustan mafia ibu ayam, Gangubai yang dilakonkan oleh pelakon jelita Alia Bhatt.
Menerusi platform TikTok, penata gaya terkenal Tym Fatimah berkongsi momen sedang menyiapkan Nabila yang menggayakan busana tersebut untuk menghadiri satu jemputan rumah terbuka.
“Bukan majlis perkahwinan. Nabila Razali request nak ber #gangubai untuk rumah terbuka Toyota. Digayakan oleh saya,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada perkongsian video berdurasi kurang 30 saat itu menyaksikan Nabila mengenakan pakaian mengikut tradisi masyarakat India beserta selendang serba putih, mirip seperti gaya Gangubai yang kini sedang ditayangkan di saluran Netflix.
Bukan itu sahaja, pelantun lagu Peluang Kedua itu turut meniru aksi gangster Gangubai yang mengenakan kaca mata hitam dengan solekan garang dan wajah bertanda.
@tymfatimah Not a wedding ceremony. Just @Nabila Razali request nak ber #ganggubai for Toyota open’s house. Styled by me | Makeup @Firz Razalie ♬ original sound - Tym
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji inspirasi watak tersebut sesuai dan menjadi apabila digayakan oleh Nabila.
@Lilthingsbyfie:Wow style nyaaaaaa.”
@aisyahrehman:kalau buat malam berinai pun cun ni. tema gengster-gengster.”
@Syamim Ariffin:Hijabis mafia.”
@Aini Suyut:Gangu-nab Raza-wadi melayu version. Hai yarrr.”
@Nlyzty:Gangubai Kathiawadi.. cantik.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah meraih hampir 34,000 tontonan daripada warga TikTok.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar