Laman Utama

Sering Cetus Kontroversi, Jakim Nasihat Ustazah Afifah & Suami Supaya Berdakwah Dengan Lebih Berhikmah

Izwan Isa
22/12/2022
10:50 MYT
Sponsor Banner
Sering Cetus Kontroversi, Jakim Nasihat Ustazah Afifah & Suami Supaya Berdakwah Dengan Lebih Berhikmah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihati supaya pendakwah bebas, Ustazah Afifah dan suaminya agar menggunakan pendekatan yang sesuai dan berhikmah setiap kali dalam menyampaikan dakwah.
Menerusi kenyataan Jakim kepada Harian Metro, pihaknya mengambil maklum berkaitan video tular di media sosial yang memaparkan sepasang penceramah suami isteri yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi termasuk mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap agamawan tertentu.
"Jakim dan pihak berkuasa agama negeri sentiasa membuat pemantauan kandungan berkaitan hal ehwal agama Islam yang dipaparkan kepada khalayak khususnya melalui penggunaan media sosial yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat mutakhir ini.
"Semua pihak khususnya golongan yang bergelar sebagai pendakwah adalah dinasihatkan agar sentiasa menggunakan pendekatan yang sesuai dan berhikmah dalam menyampaikan dakwah. Kenyataan yang bersifat kontroversi dan boleh menimbulkan kegusaran awam hendaklah dielakkan," katanya.
Sebelum ini tindakan Siti Afifah dan suaminya yang didakwa sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan membabitkan hukum agama mengundang pelbagai reaksi warganet.
Terbaharu, pasangan itu bertindak mengkritik malah mengancam bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap agamawan yang menegur mereka.
Dalam pada itu, Jakim mengingatkan yang semua pendakwah di negara ini adalah terikat dengan sistem pentauliahan di bawah pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri.
"Sebarang perlakuan yang bercanggah dengan peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
"Adalah wajar untuk semua pihak mengambil pendekatan sederhana dalam setiap aspek tanpa mengabaikan tuntutan syarak termasuk mengutamakan keharmonian hidup dalam masyarakat," katanya.
Sumber: Harian Metro
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar