Hiburan
Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu
Penyanyi, Sarah Suhairi, 24, akui sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu ‘segera’ kepada tiga anak tiri selepas berkahwin dengan lelaki pilihannya, Aswad Anuar, 39.
Ibu Kepada Tiga Cahaya Mata Perempuan
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
“Ketika perkenalan kami, Aswad sudah setahun bergelar bapa tunggal dan kami tak pernah meletakkan sebarang status sepanjang empat tahun berkenalan.
“Tetapi saya juga dah berjumpa dengan tiga puterinya yang menerima baik kehadiran dalam hidup mereka. Bahkan, kawan-kawan rapat saya pun telah bertemu dengan anak-anak Aswad.
“Saya tak kisah menjadi ibu ‘segera’. Sebelum ini mereka panggil saya ‘auntie Sarah’, mungkin selepas ini panggil saya dengan panggilan ibu,” katanya.
BERITA TRENDING:Dengan Sekali Lafaz, Sarah Suhairi Selamat Bergelar Isteri
BERITA TRENDING:Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."
BERITA TRENDING:Sarah Yasmine Nafi Jadi Pembuli Siber, Dakwa Diri Difitnah - “Best Kan Tuduh Orang Letak Dadah..”
BERITA TRENDING:Puteri Sarah Diangkat Ikon Ibu Tunggal - "Dia Ajar & Beri Nasihat Bagaimana Menyayangi Anak-Anaknya"
Sarah berkata demikian usai majlis pernikahan yang berlangsung di Berern Hill, Hulu Langat, pada Jumaat.
Berkongsi mengenai perkenalan mereka, Sarah berkata, detik itu mula berputik di Pusat Ekuisterian Bukit Kiara berikutan masing-masing meminati sukan berkuda.
“Mungkin ada yang tak tahu, Aswad juga selain pensyarah adalah seorang jurulatih sukan berkuda dan kerap dipanggil menjadi juri. Saya juga aktif sukan berkuda sejak usia 14 tahun.
“Kelompok kawan kami juga adalah orang yang sama. Dari situlah detik perkenalan bermula. Sepanjang empat tahun kami berkawan, bukanlah rahsia sangat kerana Aswad sering menemani saya ke majlis-majlis tertentu.
“Cuma dia tidak menonjolkan diri sangat kerana bagi kami selagi belum ada ikatan sah, lebih baik simpan sendiri,”katanya.
Terdahulu, Sarah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan di Barern Hill, Hulu Langat pagi tadi.
Sebelum ini, Sarah tidak pernah mendedahkan mengenai hubungan istimewa mereka kepada umum dan bertunang pada 27 Januari lalu.
Aswad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 namun bercerai pada 2019.
Hasil perkahwinan itu, Aswad dikurniakan tiga cahaya mata berusia 14 tahun, 10 tahun dan 8 tahun.