Hiburan

Sering Dituduh Tidak Lantang Bersuara, Meerqeen Akhirnya Muat Naik Hantaran Tentang Palestin

Firdaus
21/05/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Sering Dituduh Tidak Lantang Bersuara, Meerqeen Akhirnya Muat Naik Hantaran Tentang Palestin
Seringkali dipetik nama oleh netizen antara selebriti yang tidak lantang bersuara tentang isu Palestin, pelakon kacak, Meerqeen akhirnya memuat naik posting berkenaan konflik tersebut di Instagram Storiesnya.

Buat Hantaran Tentang Palestin

Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, membuat hantaran semula video daripada akaun @eye.on.palestine yang sering memberi kesedaran ramai pihak tentang peperangan yang sedang terjadi di Asia Barat itu.

“Dunia berbohong kepada kami, mereka kata ada gencatan senjata tapi tiada...

Dalam hantaran itu, dapat dilihat seorang kanak-kanak Palestin menzahirkan rasa lelah dengan peperangan serta memohon pembedilan daripada rejim Zionis itu dihentikan sepantas yang mungkin.
“Seperti yang kamu semua boleh lihat , kami dah tak tahan. Tolonglah hentikan peperangan, kami dah penat, kami dah tak ada tenaga untuk bertahan, kami dah hilang sabar. Orang di Gaza dah banyak meninggal dunia.
“Dunia berbohong kepada kami, mereka kata ada gencatan senjata tapi tiada. Tolonglah hentikan peperangan ini, kami hendak pulang ke rumah kami, kami penat dengan hidup yang berpindah-randah,” luah kanak-kanak Palestin itu.
Terdahulu Meerqeen pernah dituduh teruk oleh wargamaya di mana ramai pihak menyifatkan dirinya sebagai seseorang yang tidak menghiraukan pergolakan yang berlaku di negara itu kerana tidak memuat naik sebarang hantaran berhubung isu tersebut.

BERITA TRENDING: “Mak Bapak Aku Kau Jangan Main Anj***” - Meerqeen Hilang Sabar, Netizen Biadap Label Ibu Bapa Israil

Meerqeen bagaimanapun menerangkan bahawa tidak semua tindakan perlu dikongsi di media sosial sebaliknya mengambil inisiatif untuk berbuat kebaikan secara rahsia.
Sekadar info, sebelum ini telah berlangsungnya gerakan Blockout 2024 di mana tujuan kempen itu dilakukan adalah bagi memboikot mana-mana artis atau pempengaruh yang tidak menggunakan medium tersebut untuk bersuara tentang Palestin.
Gerakan itu berjaya menaikkan kesedaran dalam kalangan selebriti dan influencer di mana rata-ratanya mula peka tentang pergolakan tersebut susulan daripada penularan kempen berkenaan.
Sumber: Instagram
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar