Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Seronok Berbakti Pada Bumi, Doakan Kami" - Ella Dan Suami Masuk Fasa Kedua Pertanian Teknologi Moden

Badrul Hashim 12/05/2020 | 08:45 MYT
Ratu Rock Negara, Ella sememangnya terkenal dengan sifat manja, tapi pada masa yang sama sangat kental dan profesional dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.
Berkongsi satu video di Instagram miliknya, Ella berkongsi sedikit kisah projek tanaman cili yang diusahakan bersama suaminya, Azhar Husaini.
"Sekarang ni musim untuk menanam semula pokok-pokok baru. Ini penting sebab pokok-pokok lama sudah tak mengeluarkan hasil yang optimum.
"Nak dapatkan bahan-bahan pertanian agak terhad sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu tapi Alhamdulillah, ada simpanan yang mencukupi untuk melalui waktu tersebut," kata Azhar kita dihubungi Gempak.
Tambah Azhar, tempoh matang untuk pokok cili mengeluarkan hasil adalah lebih kurang dua bulan setengah selepas 28 hari disemai.
"Insya-Allah ianya akan membuahkan hasil selama enam bulan berikutnya.
"Hasil tuaian menggunakan teknologi moden buat pertama kali menghasilkan 7 tan cili merah akhir Februari lalu," kata Azhar gembira dengan usaha mereka suami isteri.
Ladang cili yang menggunakan teknologi moden ini merupakan kerjasama bersama Ella dan Azhar di bawah syarikat milik mereka, Ben Jawi Ventures.
Tambah Ella pula, banyak proses yang harus dilalui sebelum penanaman semula pokok cili bermula.
"Selepas proses pembuangan pokok lama, kita kena buat penyelenggaraan seperti paip air dan sebagainya, pembersihan serbuk sabut kelapa serta pembersihan kebun.
"Pada masa yang sama, kita mulakan dengan tapak semaian dan sekitar 28 hari barulah dipindahkan ke ladang.

Hasrat dan usaha sebahagian dari tangga kejayaan . Tiada yang terlambat sekiranya mahu memulakan sesuatu yang membawa manfaat untuk masyarakat . Ibarat tombak dan senjata,pertanian moden pelindung masa depan bangsa negara . Doakan kami ❤️❤️❤️ #peaceloverindu #farmerswife #rocknrollfarmgirl #agro #pertanian #cili #fertigasi #agroyouth #benjawi #iot

A post shared by E L L A (@ellaaminuddins) on

"Teknologi pertanian moden yang kami gunakan adalah mengggunakan serbuk sabut kelapa (coco peat) untuk menanam cili, menjadikan cili lebih elok, segar dan berkualiti tinggi," kata Ella kepada Gempak.
Ditanya tentang Ella dan suami yang sering berkongsi video membuat unplug bersama, itu antara aktiviti-aktiviti untuk merapatkan lagi hubungan suami isteri.
"Selain merapatkan hubungan kami, Ella juga nak hidupkan semula lagu-lagu lama Ella yang sedap tapi jarang diperdengarkan.

Ella jam akustik bersama @azharzzs buat menghiburkan anda . Hasil gabungan dua nama komposer hebat yang banyak berjasa pada Ella, maka tercetuslah Kabus & Sirna . Dengarkan dari kami , moga ada manfaatnya dan mampu menghiburkan . Album : 30110 Penerbit : @mnasirmohamed Lagu : @mnasirmohamed Lirik : Nurbisa @ Loloq . Pakaian Ella dari @sabella_co #peaceloverindu #azharella

A post shared by E L L A (@ellaaminuddins) on

"Pada masa yang sama, Ella dapat melatih suara, suami dapat berlatih bermain gitar dan menghiburkan peminat-peminat yang menonton video kami," kata Ella lagi.
Ella berkahwin dengan juruterbang Azhar Husaini pada 2012 dan mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Shanome Az Zahra.
#Ella #Unplugged #Pertanian
;