Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Seronok Tengok Korang Makan Dengan Keluarga,” - Khairul Aming Gembira Resipi Ayam Kicap Pedas Laku!

Azwa Rahman 18/10/2020 | 04:00 MYT
Personaliti media sosial bidang masakan Khairul Aming meluahkan rasa gembiranya apabila ramai wargamaya telah mencuba resipi terbaru ayam kicap pedas dan sambal tumbuk buatannya semalam.
Menerusi laman sosial Twitter, Khairul berkongsi foto-foto masakan wargamaya yang berjaya menyediakan dua resipinya itu sebagai tanda penghargaan.
“Rasa gembira bila tengok korang masak dan makan dengan keluarga,” tulisnya Khairul.
Menerusi perkongsian resipi itu, Khairul menunjukkan cara-cara memasak ayam dan sambal dengan cukup mudah. Tak hanya mudah, hasil masakannya nampak sangat menyelerakan.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terliur melihat masakan ayam tersebut dah tidak sabar untuk mencuba resipi yang diberikan.
Malah, ramai juga yang mengambil Khairul sebagai inspirasi yang mendorong mereka untuk memasak.
“Macam resipi 3 Budak Gemuk je ni. Adui, lapar la pulak tengok, tengah kuarantin dalam hotel ni hari ke-9. Tak sabar nak keluar nonononom,” luah seorang wargamaya.
“Untungnya siapa jadi bini dia,” kata seorang wargamaya.
“Teruskan beri inspirasi orang untuk memasak,” puji seorang wargamaya.
“Sambal tumbuk tu kalau makan ngan paru goreng, kena dengan nasi panas, ada pulak dengan ulam dan telur masin, mantap tu. Marvelous,” tulis seorang wargamaya.
“Tengah class ni. Sabar jap. Habis kelas pergi cari terus kicap Mahsuri tu. HAHAHHAHAHAA dugaan betul waktu-waktu begini,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video resipi berdurasi satu minit itu telah menerima hampir 270,000 tontonan dan 27,000 tanda suka daripada warga Twitter.
#Makanan #Khairul Aming #Resipi ayam
;