Hiburan
Sesuai Untuk Instagrammer, Ais Krim Perisa Pandan Kaya Toast & Barley Lime Jadi Pembuka Selera!
Bagi pencinta ais krim, tidak perlu tercari-cari lagi untuk mendapatkan pencuci mulut yang sedap, paling lembut dan halus.
Creme De La Creme (CDLC) merupakan syurga pencuci mulut paling sempurna serta lokasi moden yang cukup 'Instagrammable'.
Menyediakan sebanyak 18 perisa ais krim yang menarik, tidak menggunakan sebarang bahan pengawet, perasa tiruan atau pewarna dalam ais krim.
Untuk itu, kami kongsikan tiga ais krim pilihan Gempak yang mendapat inspirasi daripada makanan tempatan iaitu:
1. Dragon Fruit Strawberry Sorbet
2. Barley Lime
3. Pandan Kaya Toast
Terdapat juga perisa Musang King dan Teh Tarik yang mampu menimbulkan rasa nostalgia serta sinonim dengan tekak masyarakat tempatan.
Selain daripada ais krim, Creme De La Creme juga menawarkan kek ais krim yang artistik.
Setiap kek yang dihasilkan merupakan karya seni yang rumit, sesuai untuk Instagram (IG) malah terlalu cantik untuk dimakan.
Antara pencuci mulut unik yang disediakan oleh Creme De La Creme adalah:
Forest Log
Unicorn
Beauty & the Beast
Bunny
Sekadar info, chef pastri restoran ini dilatih di bawah selebriti dan pakar pencuci mulut terkenal, Christy Tania.
Terletak di Damansara Uptown, Creme De La Creme beroperasi mulai hari ini (18 Mac 2019).