Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Setahun Berkahwin, Bunga Isme; "Cabarannya Adalah Bagaimana Untuk..."

Ainun 24/10/2024 | 13:55 MYT

Penyanyi rap, Bunga Isme berkongsi cabaran yang dihadapinya selepas mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Amzar Sabri.

Bunga, atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini, 24, berkata dirinya dirinya berdepan cabaran dan persepsi orang luar terhadap mereka selepas berkahwin.
“Cabaran dalam perkahwinan ini bagi saya adalah bagaimana untuk berhadapan dengan pandangan dan pendapat orang luar.

“Tapi Alhamduliah setakat ini kami bahagia dalam perkahwinan,” katanya kepada Gempak.

Bunga Isme berkata demikian ketika menghadiri di majlis sidang media Warner Music Fest 2024 yang bertempat di The Majapahit, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pada masa yang sama, Bunga akui dirinya sangat yakin dan percaya kepada rezeki yang ditentukan oleh Tuhan.
“Kalau nak cerita tentang kemuncak karier saya sangat percaya dengan rezeki tuhan, saya sangat yakin dengan rezeki tuhan disebabkan itu saya tak teragak-agak untuk mendirikan rumah tangga di usia muda,” jelasnya.

BERITA TRENDING: Bunga Isme Mengaku Sudah Berkahwin Pada Tahun Lepas! - "Alhamdulillah, Kami ..."

BERITA TRENDING: Zaidi Omar Titip Nasihat Buat Generasi Pelakon Baharu - “Ilmu Itu Penting, Pergi Kelas Lakonan”

BERITA TRENDING: Masih Dikritik Suara Sumbang, Ramai Netizen Tampil Backup Bella Astillah - “Dia Cari Rezeki Je...”

BERITA TRENDING: Azza Elite Dedah Foto Bekas Pekerja Songlap Duit Perniagaan Kek Coklat - “Banyak Kali Aku Bagi Muka…”

Terdahulu, Bunga Isme mengakui bahawa dia telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, seorang komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri, pada tahun lalu.

#Kahwin #Netizen #Bunga #Cabaran #Bunga Isme #Sabri #Pandangan #Amzar Sabri #Amzar #Isme
;